PETALING JAYA: Baru-baru ini, warganet kecam tindakan kanak-kanak warga asing yang berani mengetuk tingkap kereta di jalan raya untuk meminta wang.
Mereka mendakwa, tindakan itu bukan sahaja satu perbuatan yang salah, sebaliknya lagak gengster kanak-kanak berkenaan turut tidak disenangi.
Kanak-kanak dalam lingkungan tujuh hingga sembilan tahun itu dilihat sangat berani untuk meminta wang daripada sesiapa sahaja terutamanya pemandu kereta.
Terbaru, kejadian yang dirakam dikatakan berlaku sekitar Cheras.
RAKAMAN VIDEO tular memaparkan dua kanak-kanak warga asing menunjukkan lagak gangster kepada pemandu jalan raya baru-baru ini.
Video yang memaparkan aksi kanak-kanak berkenaan meminta wang di jalan raya tular dalam media sosial.
Dalam laman Facebook, Has Bull berkata, “Puncanya orang kita jugak…sebab ade sikap memberi jadi macam nih…”
“Ikhlas aku cakap..kalau terkena kat aku ..duit aku bagi.. penampar pun aku bagi,” kata Nor Mohd.
Mohd. Soufi mengulas, “Diorang tau pihak berkuasa pun tak berani nak kacau…tapi kalau dapat kat orang yang jenis panas baran, silap-silap mmg pecah mulut budak rohingya ni…sayangnya kita terlalu baik hati sangat…”
Dalam pada itu, Ahmad Ibrahim Rizal pula memberitahu, “Budak tu budak susah. kalau nak viral , nak tolong , tolong la betul. zaman skrg tak faham ker susah, senang orang susah?” -UTUSAN ONLINE