Umrah dibenarkan 8 Februari ini  - Utusan Malaysia

Umrah dibenarkan 8 Februari ini 

KERATAN laporan Utusan Online baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Umat Islam di negara ini dibenarkan kembali mengerjakan umrah mulai 8 Februari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya  Datuk Seri Nancy Shukri berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi semua jemaah bagaimanapun masih belum diputuskan dan akan ditetapkan bersama agensi pengurusan umrah selepas ini.

Katanya, kerajaan dalam masa yang sama juga tidak berhasrat untuk menangguhkan ibadat tersebut disebalik penularan virus jenis Omicron.

“Penangguhan hanya sebulan sahaja dan umat Islam yang mahu mengerjakan umrah boleh berbuat demikian pada  8 Februari ini.

“Namun SOP baru akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari Tanah Suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan,” katanya semasa menghadiri majlis  pelancaran Video Dream Malaysia melalui kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia di Hotel EQ, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya