Restoran asam pedas terbesar negara bakal diiktiraf MBR - Utusan Malaysia

Restoran asam pedas terbesar negara bakal diiktiraf MBR

FIRDAUS Aziz di hadapan Restoran Asam Pedas Power Perigi Hang Li Po, Klebang Besar, Melaka yang bakal dibuka bulan depan. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Asam pedas Melaka yang cukup sinonim menjadi tarikan pelancong domestik apabila berkunjung ke negeri ini bakal melakar sejarah tersendiri.

Ini kerana Asam Pedas Power Perigi Hang Li Po bakal membuka restoran yang akan diiktiraf sebagai terbesar di Klebang Besar, bulan depan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemiliknya, Firdaus Aziz berkata, restoran itu adalah cawangan keempat dan terbesar dengan keluasan 0.22 hektar.

Menurutnya, ia mempunyai 360 meja dan mampu menampung kira-kira 1,500 pelanggan pada satu-satu masa dan dijangka akan menjual hampir 1.5 juta hidangan setahun.

“Malaysia Book of Records (MBR) bakal mengiktiraf Asam Pedas Power Perigi Hang Li Po sebagai restoran asam pedas paling besar dibuka di negara ini.

“Pengiktirafan ini bakal menjadikan asam pedas Melaka terus menjadi tarikan khususnya kepada pelancong
domestik yang datang ke negeri ini,” katanya ketika ditemui.

Firdaus berkata, majlis perasmian bakal disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam serta turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pada malam 15 Februari depan.

Jelasnya, pada majlis tersebut juga, MBR akan menyampaikan sijil pengiktirafan sebagai restoran asam pedas terbesar di negara ini.

“Idea ini tercetus kerana tidak terdapat restoran terbesar asam pedas di negeri ini ataupun di negara ini yang boleh menampung sehingga 1,500 pelanggan pada satu masa.

“Masakan asam pedas di sini ada kelainan berbanding cawangan pertama yang dibuka di Bukit Cina yang dulu dikenali sebagai masakan paling pedas.

“Namun kali ini, asam pedas ini tidak lagi seperti dulu sewaktu arwah ibu saya buka kedai kecil di Bukit Cina. Kali ini ia tidak lagi sepedas dahulu dan boleh dimakan oleh kanak-kanak termasuk pelancong asing,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya