Perniagaan seragam sekolah suram - Utusan Malaysia

Perniagaan seragam sekolah suram

SUASANA di sebuah kedai menjual pakaian dan peralatan sekolah yang kurang pelanggan ketika tinjauan di Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Kesibukan ibu bapa membeli pakaian seragam sekolah bersama anak-anak mereka setiap kali menjelang sesi persekolahan baharu akan dibuka, tidak lagi dirasai oleh peniaga pakaian di bandar ini.

Peniaga yang ditemui berkata, suasana sebegitu tidak lagi berlaku atas beberapa faktor selepas wabak Covid-19 melanda negara walaupun sesi persekolahan tahun 2022 akan bermula tidak lama lagi.

Seorang peniaga pakaian dan peralatan sekolah di sini yang enggan dikenali berkata, perniagaan menjual pakaian seragam dan peralatan sekolah di kedainya sangat perlahan berbanding tahun lalu.

Menurutnya, kebiasaannya pada hujung tahun mereka pasti akan sibuk melayan ibu bapa membeli baju sekolah baharu untuk anak-anak.

“Tahun ini kehadiran pelanggan boleh dikira dengan jari, keadaan suram ini tidak pernah berlaku, ia mungkin disebabkan sesi persekolahan yang kerap kali ditunda akibat Covid-19.

“Stoking, seluar, baju dan kasut sekolah masih banyak tersimpan dalam stor,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, seorang nelayan, Mohammad Anuar, 39, berkata, dia tidak bercadang untuk membeli pakaian sekolah baharu untuk lima anaknya yang bersekolah.

Katanya, pakaian tahun lalu masih elok dan masih muat untuk anak-anaknya.

“Saya tak beli baju sekolah baharu untuk sesi persekolahan tahun 2022, kerana pakaian tahun lalu masih elok disimpan dalam almari dan masih boleh dipakai, lebih baik saya berjimat,

“Saya tak mahu jika berbelanja besar untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, tiba-tiba sekolah cuti lagi disebabkan Covid-19 seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya