Penjara didik banduan jadi usahawan - Utusan Malaysia

Penjara didik banduan jadi usahawan

ZAINOL Fadzi Paharudin (dua dari kiri) melawat gerai jualan barangan yang dihasilkan banduan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Kerajaan negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan Jabatan Penjara mewujudkan jawatan kuasa khas untuk meningkatkan ilmu keusahawanan dalam kalangan kakitangan penjara di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, usaha itu adalah untuk membantu pegawai dan kakitangan penjara bagi memberi latihan tunjuk ajar kepada banduan untuk menjadi usahawan.

“Kita mahu agar banduan yang mendapat tunjuk ajar dari kakitangan penjara ini akan mendapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan menjadi seorang usahawan bila dibebaskan nanti.

“Kita mahu banduan ini dapat memajukan diri mereka dengan ilmu usahawan yang ditunjuk ajar oleh kakitangan penjara ini dapat merubah landskap kehidupan mereka dengan menjadi usahawan setelah pulang ke pangkuan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis penutup Hitam Putih Kehidupan Program pembangunan budaya inovatif dan penjanaan usahawan warga penjara negeri Perak di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping di wini hari ini

Menurutnya, STeP diberi tanggungjawab untuk menggalakkan lebih ramai terlibat dalam bidang usahawan selain dari golongan belia.

Beliau berkata, banduan juga perlu diberi perhatian wajar dan perlu dididik dan diasuh untuk menjadi seorang usahawan selain tidak meminggirkan mereka.

Kata beliau, walaupun sebelum ini terdapat pelbagai program yang dianjurkan di penjara untuk para banduan namun kerajaan negeri mahu ia  dikembangkan lagi bentuknya ke arah dalam bidang keusahawanan.

“Kita mahu setelah bebas, mereka ini bukan hanya sekadar menjadi pekerja tetapi dengan didikan ilmu usahawan di penjara akan merubah mereka menjadi seorang usahawan yang berpengetahuan dan berilmu.

“Secara tidak lansung mereka ini akan membuka peluang ruang pekerjaan kepada yang lain,” katanya

Menurut Zainol Fadzi, kerajaan negeri juga turut giat dalam membantu usahawan di negeri ini untuk transformasi pendigitilan.

Kata beliau, terdapat berbagai kursus yang telah disediakan setiap minggu dari berbagai jabatan agensi bagi membantu para usahawan di negeri ini bagi digitalkan mereka punya perniagaan.

“Ia bertujuan untuk memudahkan usahawan Perak memasarkan produk mereka melalui pelbagai platform seperti media sosial, Shopee dan dan pasar raya hyper,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya