Penempatan baharu dicari untuk penduduk dihalau - Utusan Malaysia

Penempatan baharu dicari untuk penduduk dihalau

SEBAHAGIAN penduduk Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Jalan Lencongan Barat yang hadir di Pejabat Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, hari ini. - UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI : Penempatan baharu seramai 30 keluarga di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar di Jalan Lencongan Barat di sini yang diarah mengosongkan tanah mereka kini dalam tindakan pihak Pejabat Daerah Kuala Muda.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru Pulau Tiga, Suheme Hashim, 54, berkata, dia yang mewakili penduduk mengadakan perbincangan tersebut bersama  Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Abdullah Hashim di sini hari ini.

Menurutnya, hasil perbincangan itu, pihak pejabat daerah akan mencari tapak kediaman rumah penduduk terlibat.

Bagaimanapun,  katanya, pejabat daerah dijangka dapat menyelesaikan masalah penempatan baharu itu dalam masa sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan hingga setahun,” katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Suheme memberitahu, pada masa ini penduduk masih tiada  lagi penempatan baharu selepas  tempoh untuk mereka  mengosongkan tanah masing-masing dilanjutkan dalam tempoh dua minggu bermula semalam,” ujarnya.

“Dalam tempoh terdekat ini, penduduk dikehendaki ikhtiar sendiri mencari tapak baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambahnya, pihak penduduk kini sedang berusaha mendapatkan seorang peguam bagi mendapatkan penangguhan kerja-kerja merobohkan rumah penduduk dalam masa terdekat.

“Tindakan tersebut diambil kerana kebanyakan penduduk di kampung itu  kategori susah dan mereka memerlukan sedikit masa untuk berpindah ke tempat baharu,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan penduduk di kampung itu diberi  tempoh dua minggu lagi untuk berpindah ke tempat lain selepas berunding  dengan wakil Mahkamah Tinggi Alor Setar dan wakil pejabat peguam pemilik tanah tersebut .

Penduduk terbabit sepatutnya berpindah dari kawasan berkenaan semalam.

Penduduk terlibat menerima notis mengosongkan tanah tersebut pada 19 Disember lalu setelah tanah yang mereka diami lebih 40 tahun dengan keluasan 44.2 hektar itu dikatakan milik seorang individu bergelar datuk. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya