Laluan ke kubur banjir, bomba bantu bawa jenazah guna lori - Utusan Malaysia

Laluan ke kubur banjir, bomba bantu bawa jenazah guna lori

ANGGOTA bomba membantu membawa jenazah Abdul Rahman Chik dengan menggunakan lori kerana laluan ke tanah perkuburan yang dinaiki air di Kampung Pasir Raja, Dungun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sepasukan anggota bomba membantu membawa jenazah warga emas berusia 75 tahun ke tanah perkuburan dengan menaiki lori. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Zul Husni Abdul Rahman berkata, khidmat itu diberikan susulan laluan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Raja yang dinaiki air di samping keadaan cuaca hujan lebat.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan untuk membawa jenazah Abdul Rahman Chik yang meninggal dunia akibat strok, kira-kira pukul 12 tengah hari. 

“Kebiasaannya, jenazah diusung ke tanah perkuburan atau menggunakan pacuan empat roda milik penduduk kerana kampung ini tidak mempunyai kemudahan van jenazah. 

“Jarak antara rumah jenazah ke tanah perkuburan adalah kira-kira tiga kilometer,” katanya ketika dihubungi hari ini

Menurut Zul Husni, walaupun Kampung Pasir Raja dilanda banjir, namun, kediaman  warga emas itu tidak terlibat bencana berikutan lokasinya di kawasan tinggi.  -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya