Hukum pakai pendakap gigi dan sarung gigi adalah harus  - Utusan Malaysia

Hukum pakai pendakap gigi dan sarung gigi adalah harus 

HUKUM memakai pendakap gigi adalah harus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Memasang pendakap gigi atau sarung gigi adalah dibolehkan bagi tujuan rawatan disebabkan aib pada kerosakan gigi selain dapat mengembalikan fungsi gigi yang asal.

Itu jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berhubung hukum memakai pendakap gigi dan sarung gigi menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri ke-663, yang dikeluarkan hari ini. 

PMWP berkata, berdasarkan dalil yang dikemukakan, hukum memakai pendakap gigi mahupun sarung gigi adalah harus. 

Namun, katanya, tiada keperluan memakai veneer mahupun pendakap sekiranya tiada  sebarang aib pada gigi atau hanya semata-mata untuk kecantikan. 

“Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan-Nya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah).

“Sarung gigi ialah bahan lapisan buatan yang digunakan untuk dilekatkan ke atas permukaan gigi bagi memperbaiki penampilan struktur gigi dan dapat melindungi permukaan gigi daripada kerosakan. 

“Pendakap gigi pula mempunyai pelbagai fungsi yang digunakan untuk perubatan seperti memanjangkan gigi yang pendek akibat haus dan mengisi segitiga hitam di antara gigi akibat renggang,” katanya. 

Katanya, dua jenis bahan utama yang digunakan untuk membuat sarung gigi ialah  komposit dan porcelain.

Justeru, katanya, individu yang mengalami masalah gigi seperti patah, retak, jarang dan kuning sesuai menjalankan rawatan veneer gigi.

Selain itu, PMWP berkata, pendakap gigi ialah alat yang digunakan untuk meluruskan (menjajarkan) gigi, dan memperbaiki jurang gigi.

“Pakar Ortodontik menyatakan ia adalah satu rawatan yang dibuat berdasarkan pengkelasan pergigian supaya susunan gigi yang dianggap tidak normal dan tidak terurus dibetulkan kepada susunan yang betul. 

“Pendakap gigi juga membaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya