Econsave bantu mangsa banjir Taman Merdeka - Utusan Malaysia

Econsave bantu mangsa banjir Taman Merdeka

LORI Econsave berada di Taman Merdeka, Melaka untuk mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dalam masa kurang dua jam, bantuan bekalan makanan yang dibawa lori Pasaraya Econsave Cash & Carry (Econsave) ‘licin’ selepas diserbu mangsa banjir di Taman Merdeka di sini, petang semalam. 

Pegawai Perhubungan Awam Econsave, Azhar Dorajah berkata, bekalan makanan itu diagihkan kepada kira-kira 500 penduduk sejak pukul 3 petang. 

Jelasnya, antara makanan yang diberikan adalah aneka biskut kering, mi segera, kopi tiga dalam satu, air berkarbonat serta mineral yang mudah untuk dinikmati. 

“Makanan ini adalah kit bantuan awal yang diberikan untuk memastikan penduduk di kawasan terjejas tidak terputus bekalan makanan susulan kediaman mereka dinaiki air. 

“Kita telah mengagihkan kit makanan kepada 500 penduduk dan bekalan yang dibawa licin dalam masa kurang dua jam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, seramai enam kakitangan Econsave terlibat dalam misi bantuan berkenaan dengan keadaan air banjir di lokasi masih berada pada paras 0.5 meter. 

“Walaupun paras air masih mencecah paras lutut, kita tetap membawa masuk lori ke dalam kawasan berkenaan dan dipandu dengan sangat perlahan untuk memastikan tiada penduduk yang keciciran mendapatkan bekalan makanan. 

“Seramai enam kakitangan Econsave turut turun padang dalam bantuan awal ini dan pihak kami akan terus menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa lain yang terjejas teruk dalam bencana banjir ini,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya