ATM bantu penghantaran minyak diesel ke menara telekomunikasi Telapak Buruk - Utusan Malaysia

ATM bantu penghantaran minyak diesel ke menara telekomunikasi Telapak Buruk

ANGGOTA ATM membantu melakukan penghantaran diesel ke menara telekomunikasi TM di Gunung Telapak Buruk, Jelebu yang mengalami gangguan terputus bekalan elektrik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Susulan menara telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) di Gunung Telapak Buruk, Jelebu yang terputus bekalan elektrik, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghulurkan bantuan dengan menghantar sebanyak 10,000 liter minyak diesel ke menara telekomunikasi berkenaan pada 31 Disember lalu.

Markas Briged Pertama Infantri Malaysia (Markas 1 Briged) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengatur gerak seramai 20 orang anggota lain-lain pangkat (LLP) 1 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (1 Komp Angkut KPD).

Turut bersama-sama Markas 1 Briged ialah Platun Hantaran Udara 10 KPD bagi membantu pihak berkaitan membuat pembersihan tapak pendaratan helikopter bagi tujuan penghantaran minyak diesel. 

“Operasi ini dilaksanakan disebabkan Menara Telekomunikasi TM di Telapak Buruk telah terputus bekalan elektrik serta hubungan yang mana terdapat empat pekerja terperangkap di menara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Laluan utama ke menara telekomunikasi TM di Gunung Telapak Buruk kini terputus selepas berlakunya banyak tanah runtuh dan pokok tumbang susulan hujan lebat yang berterusan pada 18 Disember lalu. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya