Air pasang besar, 19 dipindahkan ke PPS - Utusan Malaysia

Air pasang besar, 19 dipindahkan ke PPS

SEKUMPULAN remaja dan kanak-kanak bermain air di padang bolasepak yang ditenggelami banjir semenjak tiga hari lalu meskipun paras air Sungai Dungun mulai surut ketika tinjauan di Kampung Minda, Bukit Besi. -UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kemaman dinaiki air. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, seramai 19 penduduk daripada lima keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan. 

Katanya, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga yang dibuka mulai pukul 9 malam dihuni 10 mangsa manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor pula sembilan orang. 

“Banjir berlaku akibat fenomena air pasang besar dan keadaan cuaca semasa masih lagi mendung serta hujan renyai di beberapa tempat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, banjir kembali surut beberapa jam kemudian selepas fenomena itu berakhir. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya