51 pegawai, anggota polis Perak dikenakan tindakan tatatertib - Utusan Malaysia

51 pegawai, anggota polis Perak dikenakan tindakan tatatertib

MIOR Faridalathrash Wahid (depan tengah) bergambar bersama warga polis Kontinjen Perak pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di PLPGU di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 51 pegawai dan anggota polis Perak dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, daripada jumlah itu, tiga adalah dalam kalangan pegawai kanan manakala 48 lagi dalam kalangan pegawai rendah polis.

“Sepanjang tahun lalu, tiga pegawai kanan dan 38 pegawai rendah polis telah dikenakan tindakan tahan kerja.

“Seramai tiga pegawai rendah polis pula digantung kerja manakala tujuh orang lagi dikenakan tindakan buang kerja selepas siasatan tatatertib menyabitkan mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini hari ini. 

Menurut beliau, ujian saringan air kencing juga telah dijalankan secara rambang ke atas 141 pegawai polis oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perak sejak April hingga Disember lalu.

“Hasil daripada saringan itu, seramai tujuh orang didapati positif dadah,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya