Sewa kasut untuk kahwin, temu duga - Utusan Malaysia

Sewa kasut untuk kahwin, temu duga

RAZALI Mohammad membersihkan kasut kulit terpakai yang dijual di kedainya di Pekan Langgar, Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/ MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang penjual kasut kulit terpakai berjenama menawarkan perkhidmatan menyewa kasut tersebut di kedainya di Pekan Langgar, di sini sejak setahun lalu.

Razali Mohammad, 60, berkata, kebanyakan pelanggan yang menyewa kasut di kedainya adalah mereka yang mahu melangsungkan perkahwinan dan menghadiri temuduga kerja.

Menurutnya, pelanggan menyewa kasut kulit tersebut yang nampak masih baharu kerana tidak mampu membelinya ekoran harga agak mahal.

Bagaimanapun, katanya, terdapat juga pelanggan menyewa kasut tersebut untuk dipakai pada majlis-majlis tertentu dan mereka tidak mahu membazirkan wang kerana selepas itu tidak selalu memakainya.

“Perkhidmatan sewa kasut kulit yang saya tawarkan ini bagi membantu meringankan beban pelanggan yang kurang berkemampuan membeli kasut yang berharga mahal,” katanya ketika ditemui di kedainya di Pekan Langgar, di sini semalam.

Razali yang berasal dari Gombak, Selangor berkata, pada masa ini, sebanyak 50 pasang kasut kulit terpakai berjenama dari luar negara untuk disewa dan dijual di kedainya.

Jelasnya, kasut kulit tersebut dijual pada harga antara RM40 hingga RM100 sepasang sahaja.

“Harga sewa kasut tersebut pula hanya RM20 hingga RM50 sepasang dalam tempoh seminggu,” ujarnya.

Tambahnya, terdapat kes beberapa pasang kasut yang disewa tidak dipulangkan semula oleh pelanggannya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya