PETALING JAYA: Warganet hari ini menyerang tindakan seorang penjawat awam yang dikatakan menyiarkan gambar dalam Facebook mengenai seorang banduan mencuci kereta miliknya.
Menerusi status media sosial tersebut, pegawai penjara berkenaan didakwa menyuruh banduan tersebut membuat sesuatu untuk kepentingan peribadinya.
“Banduan boleh basuh, buat apa basuh sendiri,” tulisnya di ruangan keterangan gambar Facebook.
Seorang pengguna laman media sosial Twitter, @afif_alias menciap siaran tersebut dan menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang daripada pengguna laman sosial tersebut.
“Kadang-kadang, aku tak faham yang kerja kerajaan ni. Bahasa diaorang. Hmm. Sedih tengok pakai baju punya smart. Tapi, otak tak seberapa,” ciapnya di laman Twitter.
Rata-rata netizen meluahkan perasaan kesal melihat sikap pegawai tersebut yang seolah-olah tidak mempunyai etika dan tidak menggalas tanggungjawabnya dengan sikap amanah.
“Sebagai Wardar Penjara kau sepatutnya jaga etika di media sosial even dia banduan jangan pandang hina mana tau suatu hari nanti dia bertaubat dan taubat diterima Allah masa depan dia lagi cerah berbanding kau,” ciap @TheFatBoySlim_.
“Banduan tu lagi mulia dari kerja kau yg org dah tahu sangat penuh dgn rasuah,” ciap @naphewww.
“Yang berilmu tak semestinya beradab, Yang beradab mestinya berilmu.Tak kira apa jawatan sekali pun, if takdak hormat dengan orang lain dia lah orang bangang sekali,” ciap nradila113.
“Bila mat rempit jadi pegawai macam ni la. Banduan ajak fight pon belum tentu kau berani bukak baju, berselindung disebalik uniform,” @cheamn119. -UTUSAN ONLINE