MPAJ teruskan misi bantuan sukarelawan ke Hulu Langat - Utusan Malaysia

MPAJ teruskan misi bantuan sukarelawan ke Hulu Langat

MOHD. Fauzi Mohd Yatim turut serta dalam misi bantuan sukarelawan ke Hulu Langat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Misi bantuan sukarelawan tenaga kerja pembersihan pasca banjir dan bantuan kemanusiaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diteruskan kali ini ke Sekolah Rendah Agama Sg. Lui, Madrasatul Hassanah Sg. Lui dan Masjid Batu 14 Hulu Langat.

Seramai 40 orang sukarelawan MPAJ terdiri daripada anggota penguat kuasa dan kakitangan Majlis dengan pelbagai jentera dan alatan pembersihan digunakan.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Norhayati Ahmad berkata, antara aktiviti pembersihan adalah meliputi kerja-kerja mengeluarkan permaidani yang basah dan membersihkan lumpur dalam kawasan masjid.

“Pihak Majlis turut membuka Bilik Gerakan MPAJ (Lokasi di tapak Pasar Tani, Batu 14, Hulu Langat) berfungsi untuk menyelaras misi bantuan dan pengagihan barangan keperluan kepada mangsa banjir.

“Mangsa yang terlibat dengan banjir boleh datang ke bilik gerakan untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut serta dalam misi tersebut, Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim bersama pengarah, kakitangan MPAJ dan AJK Masjid membersihkan kawasan yang terkesan akibat banjir.

Dalam pada itu, khemah gerakan juga diwujudkan bertujuan  selaraskan bantuan pasca banjir di samping membantu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

“Sehubungan itu, pihak Majlis mengharapkan agar sumbangan tenaga kerja dan keprihatinan MPAJ membantu mangsa-mangsa banjir dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang memerlukan,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, MPAJ merupakan pihak berkuasa tempatan terawal yang bergerak ke kawasan banjir sejak hari pertama kejadian banjir berlaku di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat untuk membantu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Taman Sri Muda, Shah Alam. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya