Mangsa banjir tertekan majikan arah datang bertugas - Utusan Malaysia

Mangsa banjir tertekan majikan arah datang bertugas

MOHAMAD Ammar Hazim Muhamad Sabri yang baru lepas berkhatan turut terkesan banjir di PPS Kota Warisan di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang mangsa banjir di kawasan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Banting, dekat sini berada dalam keadaan dilema antara tanggungjawab untuk hadir bekerja atau keselamatan ahli keluarga apabila diarahkan kembali bertugas oleh majikannya.

Lebih mengecewakan, majikan tempatnya bekerja hampir 17 tahun itu langsung tidak bertanyakan khabar mengenai situasi banjir dihadapinya sejak Sabtu lalu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sabri bertugas selaku pengawal keselamatan berkata, dalam keadaan sekarang, dia ternyata buntu dan tertekan dengan ujian banjir yang melanda keluarganya dan juga rakan-rakan lain.

Beliau memberitahu, majikannya itu hanya mengarahkannya hadir bertugas tanpa bertanya adakah dia boleh bertugas selepas dilanda ujian besar itu.

“Rumah saya tenggelam sepenuhnya, habis semua barangan serta dokumen-dokumen penting gagal diselamatkan kerana ketika itu tumpuan saya adalah menyelamatkan ahli keluarga.

“Dua buah motosikal saya gagal diselamatkan, begitu juga beberapa peralatan lain, dengan keadaan begini, bagaimana saya hendak pergi bekerja? ” ujarnya yang ditemui di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang, hari ini.

Sabri yang mempunyai empat anak berusia antara 10 hingga 18 tahun itu hanya mengharapkan pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 sebulan, tetapi, tetap bersyukur kesemua ahli keluarganya selamat.

“Banjir kali ini adalah yang terburuk pernah saya alami, sebelum ini, pernah berlaku pada 2003 dan 2012, namun, kali ini ternyata luar biasa,” ujarnya yang mengharapkan sepenuhnya pekerjaan itu sebagai satu-satunya mata pencarian.

Sabri turut memaklumkan, fikirannya kini hanya tertumpu kepada usaha-usaha untuk memastikan rumah yang disewanya dengan bayaran RM500 sebulan termasuk bekalan elektrik dan air kembali pulih.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya