Kompleks Sejarah Pasir Salak perlu pembaharuan - Utusan Malaysia

Kompleks Sejarah Pasir Salak perlu pembaharuan

ROHAYA Ahmad (kanan) bersama ahli keluarganya melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak baru-baru ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Kompleks Sejarah Pasir Salak dekat sini yang dibuka pada tahun 1990, pernah menjadi tumpuan ramai pelancong di awal pembukaannya.

Selain Terowong Masa, iaitu pameran berbentuk diorama bertemakan perjuangan patriotisme dan nasionalisme pejuang negara, rumah dan kubu Datuk Maharajalela, rumah kutai dan pelbagai peralatan bersejarah yang dipamerkan di kompleks itu menggamit kehadiran ramai pelancong.

Malah, di dalam kawasan kompleks itu juga dibina sebuah resort untuk pelancong melawat kesan dan tinggalan sejarah pejuang negara ketika menentang British lebih 100 tahun lalu.

Namun suasana itu sudah jauh berubah, walaupun ada pelancong yang datang namun jumlahnya tidak seperti dahulu.

Bagi seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Rohaya Ahmad, 44, kesempatan cuti sekolah ketika ini digunakan untuk meluangkan masa melawat kompleks berkenaan bersama suami dan anak-anaknya.

Dia yang pernah belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada tahun 1996 berkata, ketika itu dia sering datang ke kompleks tersebut.

Selepas sekian lama kembali menjejak kaki ke kompleks itu, Rohaya berkata, tidak banyak perubahan atau pembaharuan yang dilihatnya.

“Secara keseluruhannya kompleks sejarah ini tidak banyak berubah. Struktur bangunan sejarah yang terdapat di sini masih seperti dahulu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurutnya, namun apa yang ketara ialah kedatangan pelancong tidak seperti dahulu.

“Kali ini saya datang nampaknya seperti kurang pelancong sedangkan suatu masa dahulu kompleks ini menjadi tumpuan ramai.

“Saya berharap pembaharuan dilaksanakan di kompleks ini supaya generasi muda dapat melihat sejarah perjuangan orang dahulu, ini penting supaya mereka dapat mengenal sejarah dan perjuangan bangsa sendiri,” katanya.

Untuk rekod, Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina tahun pada tahun 1990 atas inisiatif menteri besar ketika itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Kompleks itu dibina di Pasir Salak kerana di sinil bermula perjuangan orang Melayu menentang penjajah British.

Bangunan sedia yang ada yang terdapat dalam kompleks itu antaranya Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan, tiga buah rumah kutai dan tebing sungai. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya