Kedai basikal Seng Chye tertua di Langkawi - Utusan Malaysia

Kedai basikal Seng Chye tertua di Langkawi

TAN Seng Chye membaiki sebuah basikal di kedai basikal yang diwarisi daripada ayahnya di Jalan Ayer Hangat, Kuah, Langkawi. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kedai basikal Seng Chye Trading yang terletak di Jalan Ayer Hangat, Kuah di sini merupakan kedai basikal tertua di pulau peranginan itu yang masih kekal sejak mula beroperasi pada tahun 1953.

Pemiliknya, Tan Seng Chye, 50, berkata, dia mewarisi perniagaan tersebut daripada ayahnya, Tan Chin Ghee yang merupakan peniaga terawal yang membuka kedai basikal di pulau ini.

Menurut Seng Chye, dia membantu ayahnya di kedai tersebut sejak tahun 1981 sebelum mengambil alih perniagaan tersebut selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 2002.

“Pada mulanya, kedai yang diusahakan ayah saya ini menjual pelbagai barangan seperti perabot, mesin jahit, membaiki radio dan basikal.

“Perniagaan ayah saya itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di pulau ini terutamanya basikal,” katanya ketika ditemui di kedainya di sini hari ini.

Seng Chye memberitahu, ayahnya sebelum ini hanya menjual basikal sahaja dan tidak menawarkan perkhidmatan membaiki basikal.

Bagaimanapun, katanya, dia belajar membaiki basikal untuk membolehkan pelanggan ayahnya menghantar basikal yang rosak untuk dibaiki.

“Saya belajar membaiki pelbagai jenis basikal termasuk basikal bukit yang mempunyai gear dengan membeli majalah berkenaan basikal tersebut untuk rujukan,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga mula menjual basikal bukit dengan membawa masuk sebanyak 500 buah basikal bukit dari Singapura untuk memenuhi permintaan di sini.

“Saya juga pernah berkhidmat sebagai salah seorang krew mekanik basikal bagi kejohanan antarabangsa Ironman Langkawi selama lima tahun berturut-turut dari tahun 2010 hingga 2014,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, dua anak perempuannya yang masih bersekolah didapati tidak berminat untuk menyambung legasi perniagaan keluarganya itu. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya