Jumlah mangsa banjir Selangor kini 1,011 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir Selangor kini 1,011 orang

MANGSA banjir di Jalan Nangka, Banting mendapatkan bantuan daripada pasukan bomba yang membuat pemantauan bencana di Kuala Langat, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 1,011 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor setakat ini.

Kesemua mangsa melibatkan penduduk di 23 kawasan di sekitar Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, penduduk di kawasan terlibat dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi satu meter.

Katanya, pemindahan antaranya membabitkan tiga PPS utama yang dibuka di sekitar Telok Gong, Pelabuhan Klang.

“Jumlah mangsa paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Telok Gong yang menempatkan seramai 681 orang.

“Ia diikuti seramai 256 mangsa di PPS Masjid Al-Islah manakala 74 orang di PPS Masjid Al-Ubudiah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jelas Norazam, operasi membantu dan menyelamat mangsa dijalankan secara berterusan.

“Ia antaranya melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Sungai Pinang, Kapar, Shah Alam, Kota Anggerik dan Andalas.

“Selain itu, BBP Banting dan Telok Panglima Garang juga digerakkan bagi membantu mangsa banjir,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 22 mangsa banjir turut dipindahkan di sekitar Kuala Langat.

Mereka kini ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampong (MPKK) Banting dan Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang.

Tinjauan mendapati hujan renyai masih melanda daerah ini dan Klang selain beberapa jalan utama masih dinaiki air sehingga menyukarkan laluan kenderaan ringan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya