Buka peluang kemahiran, keusahawanan untuk lepasan SPM tercicir - Utusan Malaysia

Buka peluang kemahiran, keusahawanan untuk lepasan SPM tercicir

SETIAP lepasan SPM yang tercicir wajar diberi peluang kedua dengan penawaran program kemahiran dan keusahawanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi memohon kerajaan membuka lebih peluang dalam bidang kemahiran dan keusahawanan bagi membolehkan mereka mempersiapkan diri menjalani kehidupan.

Selain itu, membuka lebih banyak kolej komuniti di kawasan berpenduduk ramai, meningkatkan atau memudahkan peluang mengambil kursus, sijil, diploma atau ijazah di politeknik mereka yang tercicir.

Kerajaan juga diharap boleh memberi pertimbangan dan peluang sewajarnya supaya individu yang layak atau mendapat keputusan memuaskan dapat memasuki institusi pengajian tinggi.

Ini kerana masih terdapat lepasan SPM yang memperoleh keputusan cemerlang tetapi tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih ini.

Seorang lepasan SPM yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Tarmizi,18, dari Perlis berkata, dia tidak meneruskan pelajaran disebabkan keputusan peperiksaan tidak memuaskan.

Katanya, dia kini hanya mengambil upah harian melakukan aktiviti menebas dan memotong rumput bagi membantu keluarganya.

“Ada juga saudara-mara menyarankan saya meneruskan pelajaran di kolej swasta namun kos yang diperlukan agak tinggi. Jadi, saya mengambil keputusan tidak menyambung pelajaran kerana tidak mahu membebankan keluarga.

“Kami bukannya golongan senang. Saya kalau boleh ingin menyambung pelajaran dalam jurusan yang mempunyai kemahiran seperti kimpalan besi kerana bercita-cita untuk mempunyai bengkel besi,” katanya.

Tambahnya, dia melihat peluang perniagaan dalam bidang tersebut terbuka luas sekiranya mempunyai sijil yang memperakui kemahiran yang dimiliki seseorang individu itu.

Hanis Farhana Noradhar,18, pula berkata, dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi awam namun terpaksa menolak tawaran itu atas faktor kewangan.

Katanya, dia menolak tawaran dalam bidang pengurusan perniagaan dengan berat hati kerana terpaksa memberi keutamaan kepada keluarga dan cuba membantu mereka dengan mencari kerja buat waktu ini.

“Bukan niat saya untuk tidak mahu menyambung pelajaran, namun saya merasakan saya perlu berkorban untuk keluarga pada masa ini dan cuba sedaya-upaya membantu mereka dengan memilih untuk bekerja dan mencari pengalaman terlebih dahulu.

“Namun, sekiranya pihak kerajaan menyediakan peluang belajar secara sambilan terutama dalam bidang kemahiran dan keusahawanan kepada golongan seperti kami, saya akan mengambil peluang itu dan saya percaya, ramai lagi akan turut serta,” katanya.

“Saya melihat kombinasi kemahiran seperti kulinari dan program keusahawanan pemasaran digital berupaya membantu golongan lepasan SPM yang rata-ratanya celik digital untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang,” katanya.

Faris Fadzil,18, pula berkata, dia mempunyai kemahiran dalam bidang membaiki kenderaan meskipun kurang cemerlang dalam pelajaran.

“Saya harap bidang tersebut diperluaskan dengan mewujudkan lebih banyak institut pengajian dalam bidang berkenaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya