Banjir: KPLB baiki, bina semula kemudahan rosak di luar bandar - Utusan Malaysia

Banjir: KPLB baiki, bina semula kemudahan rosak di luar bandar

MAHDZIR Khalid (kanan) diiringi Jalaluddin ketika meninjau keadaan sebuah jambatan yang runtuh di Kampung Kemin, Jelebu hari ini selepas kejadian banjir baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menyediakan peruntukan bagi membina semula kemudahan di bawah kelolaan kementerian itu yang rosak dan musnah di negeri-negeri yang terjejas banjir baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jumlah peruntukan tersebut akan dikeluarkan bergantung kepada jumlah kos yang disediakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Di kawasan luar bandar di negeri yang terlibat banjir seperti Pahang, Kelantan dan beberapa kawasan di Selangor ada kerosakan yang banyak melibatkan jalan kampung.

“Di Negeri Sembilan seperti di Jelebu, ada jalan kampung, jambatan kerdil yang menghubungkan antara kampung dan ameniti sosial seperti surau yang rosak.

“Kementerian ambil tanggungjawab dan akan menyediakan peruntukan untuk membina semula tempat dan bangunan yang rosak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa lokasi terjejas banjir di daerah ini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Tambah Mahdzir, projek-projek kecil yang memerlukan tindakan segera untuk pembaikan akan terus diberikan peruntukan manakala yang memerlukan kos besar seperti pembinaan jambatan, peruntukan yang dikeluarkan akan menunggu terlebih dahulu jumlah kos yang disediakan pihak JKR.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, memasuki hari ke-10 selepas kajadian banjir yang berlaku pada 18 Disember lalu, hampir 90 peratus kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa yang terjejas banjir di daerah ini telah selesai dijalankan.

“Berbaki 10 peratus sahaja lagi dan hari ini kerja-kerja pembersihan masih terus dijalankan. Pada hari Sabtu dan Ahad lalu kita telah jalankan program gotong royong perdana dan dalam tempoh itu sebanyak 165 buah rumah telah dibersihkan.

“Saya tidak nampak masalah di dalam kerja-kerja pembersihan di daerah ini dan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini semuanya akan selesai dan penduduk yang terkesan akan kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya