'Balai Polis Lubok China pun tenggelam' - Utusan Malaysia

‘Balai Polis Lubok China pun tenggelam’

SEPARUH bangunan Balai Polis Lubok China, Alor Gajah, Melaka ditenggelami banjir susulan paras air sungai naik mendadak dan melimpah ke kawasan sekitar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Balai Polis Lubok China yang terletak dalam kawasan pekan tersebut di sini antara lokasi yang terjejas ditenggelami air bah selepas hujan lebat berterusan melanda negeri ini sejak petang semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dalam kenyataan dimuat naik di laman sosial Facebook berkata, banjir kilat itu berlaku disebabkan paras air sungai naik mendadak dan melimpah ke kawasan sekitar.

Katanya, ia menyebabkan separuh bangunan balai polis berkenaan ditenggelami air.

“Ini merupakan banjir yang terburuk pernah terjadi menyebabkan paras air naik separuh bangunan Balai Polis Lubok China.

“Semoga warga balai polis dan masyarakat sekitar dalam keadaan selamat dan dipermudahkan urusan perpindahan ke tempat yang selamat,” katanya hari ini.

Daerah Alor Gajah khususnya di Durian Tunggal, Ramuan Besar China dan Pekan Lubok China mencatatkan jumlah mangsa banjir terbesar iaitu seramai 225 orang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Alor Gajah.

“Tiada PPS yang dibuka untuk daerah Jasin dan Melaka Tengah. Di Jasin hanya satu kawasan dilanda banjir iaitu di Lubuk Kasau.

“Untuk Melaka tengah pula hampir 14 kawasan terjejas antaranya Taman Bukit Beruang Melawis, Malim Jaya, Hang Tuah Mall, Kampung Sungai Putat dan Taman Merdeka,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya