Amaran ribut petir di lapan negeri - Utusan Malaysia

Amaran ribut petir di lapan negeri

PENDUDUK Kampung Jawa, Batu 19, Azie Norizah, 49, terpaksa mencuci pakaian menggunakan air banjir untuk sementara waktu ekoran bekalan air dan elektrik terputus sejak semalam ketika tinjauan banjir di sekitar Hulu Langat di sini hari ini.- UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut laporan ramalan kajian dikeluarkan jabatan berkenaan, amaran itu membabitkan negeri Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat,  Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Malah, amaran dikeluarkan di Sarawak (Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Selangau, Mukah dan Bintulu, dan Sabah (Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Sandakan, Kudat dan Pitas.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum Jabatan Meteorologi dalam Facebook. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya