98 loji kumbahan MBJB diserahkan kepada IWK  - Utusan Malaysia

98 loji kumbahan MBJB diserahkan kepada IWK 

MOHD. Noorazam Osman (kanan) membuat simbolik penyerahan pengoperasian loji rawatan kumbahan awam kepada IWK di Menara MBJB, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyerahkan pengoperasian 98 loji rawatan kumbahan termasuk Loji Rawatan Bersepadu (CSTP) Sungai Segget dan 38 rumah pam untuk rangkaian paip pembentungan kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, penyerahan kepada IWK adalah untuk menguruskan semua sistem kumbahan awam termasuk permasalahan dan aduan orang awam .

Katanya, MBJB hanya akan menyelenggara sistem kumbahan dalam premis bangunan MBJB sahaja seperti bangunan pejabat, medan selera, gerai, dewan raya, taman-taman awam serta sistem kumbahan yang berstatus individu yang tidak bersambung dengan loji rawatan kumbahan awam.

“Bermula tahun depan, MBJB tidak lagi akan membuat kutipan caj kumbahan pembetungan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.

“Penyerahan ini dilaksanakan sebagaimana dasar kerajaan untuk menyeragamkan operasi penyelenggaraan sistem kumbahan oleh syarikat pembetungan nasional IWK di seluruh semenanjung.

“Dengan pengambilan ini, loji-loji lama yang sedia ada akan dibaiki dan dinaik taraf kepada sistem lebih baik dan efisien supaya efluen yang dilepaskan ke saliran utama mematuhi piawaian yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 11 Oktober lalu, syarikat milik kerajaan negeri, Johor Special Water (JSW) Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian kolaborasi bersama IWK bagi penyerahan tugas-tugas operasi dan penyelenggaran sistem pembentungan.

Perjanjian itu turut melibatkan kerjasama menaik taraf dan meningkatkan mutu perkhidmatan pembentungan di kawasan MBJB dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang menyaksikan perjanjian itu berkata, ia memberi peluang kepada Johor untuk berkolaborasi dengan IWK khususnya daripada segi kepakaran dan dalam bidang pengurusan pusat kumbahan.

Noorazam berkata, MBJB dan MBPG adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) terakhir di negeri ini yang membuat penyerahan pengoperasian loji rawatan kumbahan awam.

Jelasnya, penyerahan dilakukan selepas mendapat persetujuan dan persefahaman bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri dengan pengoperasian melalui rakan strategik IWK dan JSW. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya