1,766 mangsa banjir di lima negeri - Utusan Malaysia

1,766 mangsa banjir di lima negeri

KANAK-KANAK di Kampung Sri Damai, Kuantan ini seronok bermain air di kawasan rumah mereka selepas dinaiki air akobat hujan lebat yang berterusan sepanjang hari. -UTUSAN/ SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak 1,766 orang daripada 428 keluarga membabitkan lima negeri iaitu, Selangor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi mangsa banjir ekoran hujan melanda seluruh negara sejak semalam.

Menurut maklumat Twitter Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat pukul 8 pagi, Pahang mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu 884 orang dan diikuti Kelantan (794), Terengganu (66), Melaka (40) dan Selangor (22).

Sebanyak 46 pusat pemindahan sementera (PPS) melibatkan 12 daerah telah buka bagi menempatan mangsa banjir.

Terdahulu, menurut portal ramalan kaji cuaca Jabatan Meteorologi iaitu https://www.met.gov.my/nowcasting, hampir seluruh negara khususnya Lembah Klang dijangka mengalami hujan lebat sepanjang hari ini.

Keadaan itu dijangka berterusan sehingga pukul 1 petang ni dengan negeri Selangor misalnya, hampir seluruh daerah seperti Bangi, Petaling Jaya dan Shah Alam bakal mengalami hujan sepanjang hari Sabtu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya