[VIDEO] Tular kanak-kanak isap gam jadi 'tokan' gam sepeket 50 sen - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tular kanak-kanak isap gam jadi ‘tokan’ gam sepeket 50 sen

TULAR seorang kanak-kanak menjual gam 50 sen secara terbuka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna aplikasi TikTok, @BorneoKomrad menyiarkan sebuah klip video yang memaparkan seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia bawah 10 tahun menjual sepeket gam untuk dihidu bernilai 50 sen dan dipercayai berlaku di Sabah.

@BorneoKomrad adalah merupakan organisasi inisiatif mahasiswa dan anak muda untuk membangun advokasi sosial seperti pendidikan, kebudayaan dan hak kemanusiaan.

Menurut organisasi itu, aktiviti tersebut sudah lama bertapak di negeri di bawah bayu tersebut, malah pelbagai usaha pemulihan diusahakan secara berterusan.

 TULAR video seorang kanak-kanak asyik menjual gam kepada pelanggan pada harga 50 sen sepeket.

“Untuk pengetahuan semua, inilah yang berlangsungan di negeri Sabah. Aktivis kami setiap hari berhadapan dengan kegiatan ini. Di mana silapnya?,” tulis organisasi itu di ruangan komen TikTok.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan sedih melihat golongan kanak-kanak mudah menghidu bahan beracun itu dan meminta kerajaan melakukan sesuatu supaya anak-anak muda tidak terus melakukan kegiatan tersebut.

“To be honest, tak lawak benda ni, it just shows how our society has failed to provide for these kids,” komen wonderclouds_.

I saw this at Sabah everywhere, the problem is even the little kids like six to seven years old they play this also,” komen ahlongbesties.

“Aku sediih sebab aku tengok adik ni macam adik aku sendiri tak kira negeri apa suku apa,” komen novachambler.

“Jangan di biar kan jadi seperti ini…kena pantau kegiatan macam ni sebelum menjadi lebih parah…ini anak bangsa kita,” komen syedahmadzaki.

“Kena bantu meraka ni, kesian. Jangan biarkan usia muda hancur,” komen kingmondok. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya