Ibu Mohamad Affendi reda ketentuan Ilahi - Utusan Malaysia

Ibu Mohamad Affendi reda ketentuan Ilahi

RAZILAH Daud ketika ditemui di kediamannya di Taman Redan Perdana di Muadzam Shah di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Ibu Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi reda dengan pemergian anak kedua daripada empat beradik itu.

Ibunya, Razilah Daud, 52, berkata, dia dan suami, Bustamy Tuakal, 70, sebak ketika menerima perkhabaran itu namun menerima ketentuan Ilahi.

“Pada awal pagi tadi memang makcik terlalu sedih kehilangan anak yang merupakan harapan keluarga.

“Tapi pakcik (Bustamy) meminta makcik menenangkan diri dengan membaca yasin kepada arwah. Jika makcik meraung sekali pun arwah sudah tiada dan tidak akan kembali kepada kami.

“Jadi, kami reda dengan ketentuan ilahi menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang kelihatan sebak ketika ditemui di kediamannya di Taman Redan Perdana di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku dalam kawasan pangkalan TUDM Butterworth pukul 10.07 malam itu, seorang lagi anggota TUDM dilaporkan cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 itu terhempas.

Anggota terbabit, Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, kini sedang menerima rawatan di HSJ di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya