Bangkit jual ais krim bajet RM1 - Utusan Malaysia

Bangkit jual ais krim bajet RM1

MOHD Nazri Abd. Razak (kiri) dan Mohd Faizal Muhammad menunjukkan aiskrim yang dijual di My De'z di bandar Tanah Merah. - UTUSAN/BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Dalam tempoh beberapa tahun mencari rezeki dengan berniaga, dua sahabat baik sudah berkali-kali berdepan ujian termasuk pernah tiga kali jatuh tersungkur hingga terpaksa gulung tikar.

Namun mereka berdua tidak putus asa apabila sekali lagi bangkit dengan membuka My De’z, sebuah kedai menjual ais krim bajet dengan harga serendah RM1 di bandar ini, sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir bulan lalu.

Berkongsi cabaran yang didepani kepada Mingguan Malaysia, Mohd. Nazri Abd. Razak, 34, berkata, dia dan rakan kongsi, Mohd. Faizal Muhammad, 40, sebelum ini pernah mengusahakan sebuah butik pengantin.

Pada Disember 2014, mereka berdepan kerugian hingga RM200,000 selepas butik tersebut musnah dilanda bah kuning dan beralih kepada perusahaan kilang kayu secara kecil-kecilan.

“Ketika perniagaan semakin berkembang, PKP menyebabkan kilang kami tidak boleh beroperasi penuh selama lebih setahun. Kesannya besar apabila kami kerugian lebih RM100,000 dan kehilangan 90 peratus pelanggan tetap.

“Kami beralih kepada perniagaan tender membasuh baju lokap namun kontrak sudah berakhir, Ogos lalu membuatkan kami termenung panjang memikirkan jalan untuk meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Risau melihat keadaan kewangan makin susut, dua sahabat itu membuat kajian jenis-jenis perniagaan yang berpotensi sebelum memilih menjual soft ice cream iaitu ais krim lembut seperti yang dijual di restoran makanan segera ternama.

“Masa lapang yang ada ketika pandemik memberi ruang kepada kami untuk mengkaji potensi dan belajar cara-cara membuat aiskrim di Internet, khususnya YouTube.

“Selepas yakin mampu buat ais krim yang sedap dan menepati selera pelanggan, kami gunakan wang simpanan hasil tender membasuh baju lokap sebanyak RM30,000 untuk beli mesin membuat ais krim dan buka My De’z,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya