Apa nasib MAPS? - Utusan Malaysia

Apa nasib MAPS?

Keadaan Taman Tema MAPS yang ditumbuhi lalang dan semak samun selepas dua tahun tidak beroperasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Movie Animation Park Studios (MAPS) di Meru dekat sini yang ditutup pada Januari tahun lalu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat terhadap nasib taman tema itu.

Dibangunkan dengan kos beratus juta ringgit dan dibuka pada Jun 2017, MAPS sepatutnya menjadi tarikan utama pelancong ke Perak, namun disebabkan masalah kewangan, taman tema itu akhirnya ditutup.

Selepas hampir dua tahun lalu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan MAPS kini langsung tidak dijaga, menyebabkan kawasan yang dahulunya cantik dan menarik, kini persekitarannya sudah dinaiki semak samun.

Keadaan itu menyebabkan mereka yang pernah mengunjungi taman tema itu berasa sayu setiap kali melalui kawasan tersebut dan bertanyakan sampai bila MPAS terbiar sedemikian.

Malah ada yang mengakui rindukan taman tema itu terutama untuk melihat pelbagai watak animasi popular yang menjadi daya tarikan utama ke MAPS di bahagian dalam taman tema.

Keadaan MAPS yang terbiar semakin menjadi bualan netizen baru-baru ini apabila beberapa keping gambar keadaan terkini MAPS yang tidak dijaga sehingga dinaiki semak samun dimuatkan dalam media sosial.

Melihatkan keadaan taman tema yang semakin terbiar, ramai yang mendesak agar pihak yang berkenaan segera berbuat sesuatu daripada membiarkan ia terus terbiar dan mahu ia dibuka semula.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang ditanyakan keadaan MAPS berkata, taman tema itu bukan di bawah kerajaan.

“Saya tidak boleh menjawab, ia bukan perkara di bawah kerajaan negeri. Ia di bawah PCB (Perak Corporation Berhad), namun saya harap pihak yang terlibat selesaikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Notis penutupan MAPS mulai 28 Januari 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP) daripada Messrs Ernst & Young.

Menurut notis tersebut, tiada tempoh ditetapkan terhadap penutupan taman tema tersebut sehingga diberitahu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya