240 penumpang pertama VTL dari Singapura tiba KLIA - Utusan Malaysia

240 penumpang pertama VTL dari Singapura tiba KLIA

ZAMBRY Abd. Kadir (dua kanan) menyambut pelancong dari Singapura yang menaiki pesawat Singapore Airlines SQ108 menerusi VTL Udara tiba di KLIA. -UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Penerbangan pertama bagi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melibatkan 240 penumpang dari Singapura tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.20 pagi hari ini. 

Kesemua penumpang tersebut tiba menerusi pesawat Singapore Airlines (SQ108) hari ini selepas pelaksanaan VTL melibatkan sektor darat dan udara.

Ketibaan mereka disambut oleh Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd. Zamri Mat Zain dan Ketua Pengarah Pelancongan, Datuk Zainuddin Abdul Wahab.

Sebaik tiba, kesemua penumpang tersebut perlu menjalani saringan terlebih dahulu serta menunggu keputusan sebelum dibenarkan keluar dan tidak perlu menjalani kuarantin selepas ujian negatif. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya