SIRIM bantu 30 usahawan tingkat kualiti pembungkusan produk - Utusan Malaysia

SIRIM bantu 30 usahawan tingkat kualiti pembungkusan produk

HISHAMUDDIN Abdullah (kiri) menyerahkan kepingan emas Mahkmur Gold kepada Hamdan Hussin (tengah) selepas lawatan ke kilang pemprossan emas Makmur Gold, di pejabat SIRIM, Jalan Pintasan Kuantan-Kemaman di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: SIRIM Bhd. memperuntukkan RM100,000 bagi membantu 30 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terjejas teruk akibat Covid-19. 

 

Bantuan tersebut yang merupakan latihan dan khidmat rundingan perniagaan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut melalui Pusat Reka Bentuk Pembungkusan dan Percetakan Keselamatan SIRIM, SIRIM Training Sdn. Bhd. dan SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, bantuan disalurkan bertujuan menguji kandungan nutrisi produk makanan dan minuman yang dihasilkan usahawan IKS berkenaan.

 

“Semua usahawan IKS yang dipilih menerima inisiatif CSR oleh SIRIM adalah mereka yang terbabit dalam industri penghasilan produk makanan dan minuman.

 

“Kita sudah memulakan usaha (CSR) ini sejak Ogos lalu dan melalui kursus atau latihan kami sediakan, usahawan IKS akan diberikan bantuan dan khidmat nasihat membabitkan aspek pembungkusan dan penjenamaan produk selain kaedah asas mempromosikan produk mereka melalui media sosial dan platform beli-belah dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengiringi Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin melawat kilang pemprosesan emas Makmur Gold di sini hari ini.

 

Turut hadir Pengerusi Koperasi Makmur Malaysia Berhad (Ko-Makmur), Hishamuddin Abdullah dan Penasihat Keselamatan Makmur Gold, Huzir Mohamed.

 

Ahmad Sabirin berkata, usahawan IKS Pahang dipilih menerima inisiatif CSR yang disediakan SIRIM merupakan mereka yang terbabit dalam industri makanan sejuk beku, dodol dan jus minuman kesihatan. 

 

“Seramai lima usahawan IKS dari Pahang turut menerima manfaat melalui program CSR itu dan Makmur Gold dijangka menjadi rakan strategik kelima dari negeri ini bermula tahun hadapan,” katanya.

 

Sementara itu, Hishamuddin berkata, kerjasama antara SIRIM dan Makmur Gold lebih kepada pengoperasian Akademi Kecemerlangan Emas melalui penawaran latihan kepada orang ramai, terutamanya generasi muda yang berminat untuk menceburi bidang penghasilan barangan kemas. 

 

“SIRIM akan mengeluarkan sijil penarafan kualiti produk emas dihasilkan Makmur Gold dan melalui sijil ini, produk barangan kemas dikeluarkan Makmur Gold dapat bersaing dengan lebih kompetatif di pasaran luar negara,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya