PETALING JAYA: Pengotor! Mungkin itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan sikap sebahagian rakyat Malaysia yang mencemari pantai, tasik dan air terjun di seluruh negara selepas dibenarkan untuk kembali beriadah. Kawasan riadah yang kembali bersih ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini mula dicemari sampah-sarap terutama sisa makanan, lampin pakai buang bayi dan puntung rokok. Keadaan menjijikkan itu boleh dilihat di semua pusat pelancongan dan rekreasi di seluruh negara yang dibuka semula sejak minggu lepas. Tinjauan Utusan Malaysia di pantai di beberapa negeri mendapati kawasan itu seolah-olah menjadi ‘tong sampah’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya