Ayam mahal tiba-tiba,  pengusaha restoran tertekan - Utusan Malaysia

Ayam mahal tiba-tiba,  pengusaha restoran tertekan

Peniaga tidak boleh manaikkan harga ayam sesuka hati.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengusaha restoran dan industri sajian makanan di negeri ini buntu dengan masa depan perniagaan mereka berikutan harga ayam borong yang melambung kepada RM8 sekilogram.

Kenaikan luar biasa sehingga RM2.20 dalam tempoh sebulan sejak 1 Ogos lalu menyebabkan rata-ratanya makin terhimpit untuk meneruskan operasi masing-masing.

Pemilik restoran ayam goreng, Matt Orie Corner, Mohd. Harun, 46, berkata, hasrat untuk memulihkan pendapatannya akibat Covid-19 mungkin tidak kesampaian kerana terpaksa menanggung kerugian akibat harga ayam yang melonjak.

Katanya, pembekal tidak sepatutnya menaikkan harga barangan kawalan itu sesuka hati kerana memberi impak besar terhadap pengusaha restoran terutama yang menggunakan ayam sebagai bahan utama dalam menu makanan. 

“Rata-rata kami berniaga dalam keadaan rugi tetapi terpaksa juga diteruskan kerana memikirkan nasib para pekerja, jadi saya berharap pihak berwajib dapat segera menyelesaikan isu ini.

“Kerugian akibat pandemik pun belum dapat ditampung, kini kami dibebani pula dengan masalah kenaikan harga ayam,” kata beliau di sini hari ini.

Sementara itu, pemilik Pak Awi Nasi Ayam, Muhammad Adam Zawawi, 27, berkata, pada 1 Ogos lalu, harga ayam borong dibelinya ialah RM5.80 sekilogram, namun meningkat kepada RM7.40 pada awal bulan ini hingga mencecah kepada RM8 hari ini.

Katanya, kenaikan itu pelik kerana bukan dalam tempoh musim perayaan di samping tiada alasan munasabah diberikan pembekal.

“Saya menggunakan 220 kilogram ayam setiap hari untuk dua cawangan restoran, jadi bebanan yang ditanggung amat berat dan tidak mustahil harga boleh melonjak kepada RM9 pula seminggu lagi.

“Saya buntu dengan keadaan ini dan jika keadaan mendesak berkemungkinan terpaksa mengurangkan jumlah pekerja bagi mengelakkan perbelanjaan lebih besar,” katanya.

Bagi Pemilik TY Cafe Food Family & Friends, Taoyebah Aziz, 62, pula, pengusaha kini dalam dilema sama ada mahu menaikkan harga atau mengecilkan saiz ayam yang dijual.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya