Isu kesihatan mental jadi keutamaan cabaran Covid-19 - Utusan Malaysia

Isu kesihatan mental jadi keutamaan cabaran Covid-19

ADHAM Baba ketika berucap merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021 secara maya hari ini. – Ihsan Institut Strategik Asia Pasifik Kingsley
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengurusan isu kesihatan mental di seluruh negara kini menjadi keutamaan cabaran besar kerajaan dalam usaha melandaikan keluk wabak Covid-19 pada ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, permasalahan itu dianggap penting bukan sahaja dalam kalangan petugas barisan hadapan, malah, rakyat negara ini keseluruhannya.

“Dalam kita gigih melawan wabak ini, satu bidang yang sama mustahak kepada kami ialah isu kesihatan mental kerana psikologi manusia juga ada kesan daripada pandemik itu,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pembukaan Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021 yang berlangsung selama dua hari dan secara maya hari ini.

Acara yang bertemakan ‘Mempercepatkan Transformasi Sistem Kesihatan dalam Pandemik – Cabaran dan Peluang’ dengan 23 panel itu dianjurkan Institut Strategik Asia Pasifik Kingsley.

Mengulas lanjut, beliau menambah, strategi bersesuaian untuk mengurus masalah sakit jiwa adalah penting bagi memecahkan kitaran ganas wabak berbahaya sejagat itu tidak berleluasa.

“Kita perlulah guna pendekatan kognitif tingkah laku, kesedaran dan kerohanian untuk tingkat rasa penerimaan, keyakinan dan komitmen bagi bersedia menempuh hidup normal,” katanya.

Pada masa sama, ujar Adham, aspek semasa pengurusan wabak juga berdepan rintangan penyebaran maklumat palsu, teori konspirasi dan khabar angin yang disebarkan oleh masyarakat.

Justeru, pengguna wadah media sosial jelasnya, wajar memberi respon bertanggungjawab dengan segera bertindak menapis informasi salah yang boleh mencelarukan lagi minda warganet.

Dalam hal ini, beliau memberi contoh pentadbir akaun sosial popular Facebook yang sudah menetapkan polisi menyah maklumat tidak sahih berhubung hantaran tular isu vaksin Covid-19.

“Bidang kesihatan awam juga harus konsisten menyebarkan hebahan tepat dan menambah dana bagi menyaring segera informasi mengelirukan sebelum situasi jadi lebih teruk,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya