Perlis larang individu rentas negeri solat Aidiladha di masjid  - Utusan Malaysia

Perlis larang individu rentas negeri solat Aidiladha di masjid 

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (tengah) berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Kampung Binjal, Kangar, Perlis pada 18 Julai 2021.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Mana-mana individu yang rentas negeri termasuk berulang-alik kerja setiap hari tidak dibenarkan hadir solat Aidiladha di tanah lapang masjid seluruh negeri ini Selasa ini.

Larangan turut melibatkan ahli keluarga yang tinggal bersama melainkan individu terbabit telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pengurusan masjid berhak membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, bagi kariah Kota Raja Arau, solat Aidiladha akan didirikan di Dataran Istiadat Istana Arau bermula pukul 8 pagi bagi sesi pertama.

“Manakala bagi sesi kedua sekiranya berlaku limpahan akan ditunaikan di pekarangan Masjid Negeri Arau pada pukul 9 pagi. 

“Sekiranya berlaku keadaan cuaca tidak mengizinkan seperti hujan lebat, maka satu sesi solat sahaja akan didirikan di masjid-masjid berdasarkan kapasiti maksimum dengan penjagaan SOP ketat pada pukul 8.30 pagi,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Kampung Binjal di sini hari ini.

Sumbangan bernilai RM11,600 itu diagihkan melalui amil kariah masjid itu, Shahrizan Abu

untuk diagihkan kepada 29 asnaf terpilih dalam kalangan kariah masjid tersebut dengan masing-masing menerima RM400 setiap seorang.

Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, bagi jemaah yang tidak dapat menunaikan solat Aidiladha di masjid boleh menunaikannya di rumah seperti panduan dan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti negeri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN