PdPR: Yayasan Petronas agih peranti, data kepada 735 pelajar di Terengganu - Utusan Malaysia

PdPR: Yayasan Petronas agih peranti, data kepada 735 pelajar di Terengganu

CHE Ahmad Tarmizi Abd Rahman (kanan) menyerahkan peranti kepada pelajar Nasrin Syasya Mazlan, 15, di kediamannya di Kampung Felda Seberang Tayor, Kemaman hari ini. Gambar : NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 735 pelajar memerlukan di negeri ini menerima peranti dan data internet sumbangan Yayasan Petronas bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abd. Rahman berkata, inisiatif menerusi program Cerdik itu membabitkan golongan sasar di lima daerah iaitu iaitu Kemaman, Dungun, Besut, Kuala Nerus dan Marang dengan pengagihan bantuan dibuat secara berperingkat bermula pertengahan bulan ini.

Katanya, sumbangan itu turut meliputi penyelenggaraan peralatan di samping jaminan dan sokongan teknikal selama tiga tahun bagi setiap pelajar.

“Kita mahu pelajar terutama daripada golongan miskin dapat mengikuti sesi PdPR dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada dua pelajar di Kampung Felda Seberang Tayor di sini, hari ini.

Che Ahmad Tarmizi berkata, Petronas sentiasa komited dalam menyokong usaha kerajaan untuk terus menyediakan pendidikan berkualiti terutama semasa tempoh pandemik Covid-19 yang mencabar.

Sehubungan itu, beliau berharap sumbangan peranti dan perkhidmatan internet berkenaan dapat mengatasi jurang digital dalam kalangan pelajar khususnya di kawasan pedalaman bagi mengikuti PdPR dengan lebih selesa dan lancar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya