Bimbang kepala bayi semakin membesar - Utusan Malaysia

Bimbang kepala bayi semakin membesar

MUHAMMAD Azhar Arzemi sedang mencuci kepala Muhammad Bilal Yusra di rumahnya di Kampung Sungai Ular, Kulim, hari ini. - UTUSAN/AZHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sepasang suami isteri dari Sungai Ular di sini bimbang apabila saiz kepala bayi mereka semakin membesar akibat menderita penyakit Holoprosencephaly sejak lahir.

Mohammad Azhar Arzemi, 29, dan isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd. Zaidi, 24, risau keadaan itu akan menyebabkan kesihatan anak bongsu daripada dua beradik itu, Muhammad Bilal Yusra yang berusia sembilan bulan merosot.

Menurut Nurul Izzati, ukuran lilit kepala bayinya ketika berusia 49 hari hanya 39 sentimeter (sm) dan ia kini bertambah kepada 85 sm ketika ini.

“Pertambahan kira-kira 46 sentimeter itu menyebabkan kulit kepalanya semakin menipis dan merekah sehingga luka dan ia boleh bernanah jika tidak dibersihkan.

“Keadaan itu menyebabkannya anak saya menangis pada waktu malam hingga awal pagi kerana tidak selesa dan kesakitan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Ular di sini semalam.

Pasangan suami isteri terbabit sebelum itu menerima kunjungan serta sumbangan wang tunai serta alat pendingin hawa daripada Ketua Armada Bersatu Bahagian Padang Serai, Mohd Nashrah Md. Sultan bersama ahli jawatankuasanya.

Katanya, anaknya itu perlu menjalani pemeriksaan di Hospital Kulim di sini dua kali sebulan bagi memantau keadaan kepala serta kesihatan bayinya.

“Keadaan cuaca yang panas menyebabkan bahagian kepala dan telinga bayi akan berkudis kerana anak saya ini hanya mempu berbaring.

‘Kami tidak mampu untuk membeli pendingin hawa dan hanya bergantung kepada kipas angin untuk menyejukkan bilik,” katanya yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku secara dalam talian bersama suami.

Ujarnya, dia terharu dan berterima kasih atas keprihatinan orang ramai yang menghulurkan bantuan kepada Muhamad Bilal.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh melalui akaun bank CIMB Bank 7047468689 atas namanya, Mohammad Azhar Arzemi atau akaun bank Public bank 6874692902 atas nama, Nurul Izzati Adawiyah atau menghubungi di talian 0102195301 atau 0189419908. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya