Ketengah ambil dua beradik yatim piatu jadi anak angkat - Utusan Malaysia

Ketengah ambil dua beradik yatim piatu jadi anak angkat

RAZALI Idris menghadiahkan tablet kepada Damia Irdina Mohd. Zuki, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan bersama ahli keluarganya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Dua beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas tiga ahli keluarganya maut dalam kemalangan jalan raya semalam, kini dijadikan anak angkat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya akan memastikan kebajikan dan pendidikan anak kepada kakitangannya, Nur Farraheeda Ali Khan, 41, bersama pasangan, Mohd. Zuki Yusof, 44, sentiasa terbela.

“Kita akan membiayai kos pelajaran dan menjaga kebajikan Damia Irdina Mohd. Zuki, 13 sehingga dia tamat tingkatan lima manakala adiknya, Aqeel Zayaan, 23 bulan, pula sehingga tamat darjah enam.

“Selepas tempoh itu, kita akan menilai semula bentuk bantuan lain bagi membantu dua beradik berkenaan,” katanya ketika menziarahi dua beradik itu di kediamannya di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu, hanya Damia Irdina yang terselamat dan mengalami patah pada bahu kiri manakala adiknya, Nasyreen Umayra, 10 turut maut bersama ibu bapa.

Terdahulu, Razali turut menghadiahkan sebuah tablet kepada pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas itu bagi memudahkannya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Sementara itu, datuk mangsa, Ali Khan Ahmad Khan, 66, berkata, dia dan anak-anaknya akan memikul tanggungjawab menjaga dua beradik berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya