Bantuan: Prasarana kesan 83 penumpang LRT terlibat nahas - Utusan Malaysia

Bantuan: Prasarana kesan 83 penumpang LRT terlibat nahas

PASUKAN penyelamat membantu mangsa kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya yang bertembung di Stesen LRT KLCC pada 24 Mei 2021 - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Prasarana Malaysia Berhad mengesan  83 lagi penumpang yang terbabit dalam nahas  dua buah tren Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara Isnin lalu.

Jumlah yang dicari itu ialah membabitkan daripada semua 213 mangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Norlia Noah berkata, pengesan 83 mangsa itu bagi  menyelaraskan bantuan seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Setakat ini, seramai 130 daripada 213 penumpang berjaya dikenal pasti,” kata be;iau dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mereka yang dicari itu diminta menghubungi Prasarana di talian 014-7371330 atau e-mel kepada [email protected].

Katanya, Prasarana akan memberikan sumbangan ihsan kepada penumpang yang terlibat tetapi jumlah  bayaran dan hak penerimaan akan ditentukan sebaik butiran mengenai penumpang  dikumpulkan.

Norlia memberitahu, daripada 67 orang yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, 61 penumpang sudah dibenarkan keluar hospital.

“Lima lagi penumpang dirawat di hospital iaitu tiga individu ditempatkan di wad biasa dan dijangka dibenarkan keluar dalam tempoh 2 hingga ke 7 hari dari sekarang,” kata beliau.

Dalam kejadian tersebut, sebuah tren membawa 213 penumpang dan sebuah tren rosak yang  dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya