16 lagi sekolah di Johor diarah tutup - Utusan Malaysia

16 lagi sekolah di Johor diarah tutup

Sebanyak 16 buah sekolah di Johor dituutp hari ini susulan penularan Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 40 buah sekolah kebangsaan (SK), sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) di negeri ini ditutup selepas dikesan berlaku penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, tempoh penutupan sekolah itu berbeza-beza mengikut keadaan sekolah masing-masing.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 buah sekolah ditutup pada hari ini dan dua sekolah  ditutup semalam.

“Antara sekolah yang ditutup hari ini ialah SMK Bandar Seri Alam; SMK Seri Perling; SK Taman Mutiara Rini; SMK Seri Alam 2; SJK Cina Ping Ming; SK Taman Suria; SK Taman Skudai Baru;  SMK Taman Nusa Damai; SK Bukit Mutiara; SMK Dato’ Usman Awang dan SK Pengkalan Rinting. 

“Kesemua sekolah ditutup dua hari mengikut surat dikeluarkan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, turut ditutup ialah SK Senai Utama; SK Kota Masai; SK Tanjung Puteri Resort; SMK Dato Abdul Rahman Andak; SK Bandar Uda 2 dan SK Peserai.

Mazlan memberitahu, SMK Agama Johor Bahru adalah sekolah paling lama ditutup selama 15 hari sejak 22 April lalu hingga Khamis ini.

Jelasnya, tempoh asrama sekolah harian itu ditutup lebih lama berbanding yang lain kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) buat kali kedua.

“Tiga buah sekolah di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi dan PPD Pasir Gudang dikenakan tempoh lanjutan sehingga tujuh hari.

“Ia melibatkan SK Seri Saujana di Kota Tinggi serta SJK CinaBan Foo dan SMK Ulu Tiram di kawasan PPD Pasir Gudang,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, SMK Dato Hassan Haji Yunos di Kluang, SK Infant Jesus Convent di Johor Bahru dan SK Bandar Seri Alam di Pasir Gudang sudah kembali beroperasi pada 1 Mei selepas ditutup enam hari.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN