Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup sementara - Utusan Malaysia

Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup sementara mulai hari ini susulan seorang gurunya yang disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi secara menyeluruh dilakukan oleh pihak bomba. 

“Seramai 62 murid, 23 guru dan lima  kakitangan sokongan yang dikenal pasti  kontak rapat kepada pesakit menjalani ujian saringan, semalam. 

“Mereka kini diletakkan di bawah perintah pengawasan dan dikuarantinkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sementara itu, Nor Azimi berkata, setakat hari ini sebanyak tiga kes baharu Covid-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah   kes aktif di seluruh negeri sebanyak 11 kes. 

Katanya, satu daripada kes baharu itu mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah manakala dua lagi kes merupakan kontak rapat kepada pesakit yang pulang dari negeri tersebut. 

“Kesemua 11 kes aktif ini dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu bagi rawatan dan pengasingan,” katanya. 

Semalam, sebuah taman bimbingan dan asuhan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Bukit Besi di Dungun turut ditutup kerana Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN