Ebit Lew mohon maaf, tangguh bantu 20 bas - Utusan Malaysia

Ebit Lew mohon maaf, tangguh bantu 20 bas

USTAZ EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew memohon maaf selepas bertindak membantu penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tanpa kebenaran universiti berkenaan.

Ebit Lew berkata, permohonan maaf tersebut dibuat selepas dihubungi Naib Canselor UPSI yang memintanya berbuat demikian.

Katanya, bas awam tersebut disediakan secara percuma sebagai bantuan untuk membawa pelajar yang terkandas pulang ke kampung.

“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama Naib Canselornya, Profesor Datuk sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. 

“Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. 

“Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid dulu. Makan pun tumpang dekat masjid,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi status Facebook miliknya hari ini.

Ebit Lew sebelum ini membantu menyediakan bas percuma untuk membawa penuntut universiti itu balik semula ke kampung selepas kerajaan memutuskan agar pembelajaran di institut pengajian tinggi (IPT) dibuat secara atas talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya