BAGAN DATUK: Nasib penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau yang mengalami masalah kesihatan selain hilang mata pencarian kerana tidak lagi mampu membuat persembahan pentas, mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Susulan laporan Utusan Malaysia mengenai keadaan penyanyi berusia 82 tahun itu semalam, JKM Daerah Hilir Perak menghantar pegawainya bagi melihat keadaan penyanyi veteran itu kediamannya di Sungai Balai Baru di sini semalam. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak Mohd. Firdaus Othman berkata, berdasarkan temu bual pegawainya, Rabi Atuladawiah Mohamad Juni di rumah penyanyi itu, M. Daud yang menghidap beberapa penyakit,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya