Karnival nanas MD2 di Pasir Puteh bermula hari ini dan esok - Utusan Malaysia

Karnival nanas MD2 di Pasir Puteh bermula hari ini dan esok

MOHD. Kaisan Ab. Rahman memegang nanas MD2 yang kini semakin popular di negara ini. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Orang ramai dijemput menghadiri Karnival Nanas MD2 di Jalan Bypass berhadapan Stesen Minyak Petron di sini yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Karnival anjuran Pertubuhan Alumni 4B Pasir Puteh itu dibuka kepada orang awam bermula pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Menurut Timbalan Pengerusi Alumni 4B Kelantan, Datuk  Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman, tumpuan karnival itu adalah nanas MD2 iaitu varieti nanas premium yang semakin popular sehingga benihnya kini dicari orang ramai.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang karnival dengan slogan ‘Mari Singgah dan Meriahkan Karnival Nanas MD2’ ini.

“Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan nanas dengan harga berpatutan, selain peluang terbaik untuk mereka yang berminat membeli anak pokok nanas MD2,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Mohd. Kaisan memberitahu, di samping mempromosi nanas MD2, program itu juga bertujuan mengumpul dana bagi membiayai pelbagai aktiviti kemasyarakatan anjuran Pertubuhan Alumni 4B.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pengerusi Alumni 4B Pasir Puteh, Wan Aziz Wan Noh di talian 0139339707. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya