Enam selamat, 90 peratus kereta hangus - Utusan Malaysia

Enam selamat, 90 peratus kereta hangus

Keeta Waja yang terbakar dalam kejadian di Desaru, Bandar Penawar, Johor pada 12 September 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Hajat sebuah keluarga beriadah di pantai pada hujung minggu tidak kesampaian apabila kereta dinaiki mereka terbakar di bulatan Desaru, Bandar Penawar di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan Abd. Rahim Abd. Rani berkata, bagaimanapun keluarga terdiri daripada enam orang selamat manakala 90 peratus kereta Proton Waja dinaiki mereka hangus.

“Kereta itu terbakar sebaik pemandunya memberhentikan  di bahu jalan sebelum mendapati ada asap keluar dari bahagian enjin.

“Pemandu itu terus meminta semua ahli keluarganya keluar tanpa mengambil apa-apa barang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, keluarga dari Kota Masai berkenaan bercadang bercuti di Desaru namun menukar destinasi ke Tanjung Buluh, Tanjung Sedili selepas pantai di Desaru penuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya