Bilik bekalan elektrik Mahkamah Klang terbakar - Utusan Malaysia

Bilik bekalan elektrik Mahkamah Klang terbakar

Anggota bomba melakukan pemeriksaan di bilik bekalan elektrik Mahkamah Sesyen di Klang pada 12 September 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Bilik bekalan elektrik Mahkamah Klang musnah apabila  20 unit bateri menjana tenaga di bangunan tersebut terbakar.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada pukul 7.15 pagi daripada pengawal keselamatan mahkamah.

“Lapan anggota serta pegawai balai bomba dan penyelamat Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba di mahkamah empat minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, kita dapati 20 daripada 40 unit bateri penjana elektrik bangunan baharu mahkamah terbakar,”  katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurut beliau, kebakaran terpadam sendiri disebabkan faktor tiada aliran udara di dalam bilik berkenaan sekali gus menghalang api daripada  marak.

“Bagaimanapun, anggota bomba tetap menjalankan pemeriksaan terhadap bilik tersebut bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke mana-mana bahagian kompleks mahkamah.

“Tiada struktur bangunan terbakar dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kebakaran itu. Operasi kebakaran itu tamat kira-kira pukul 10 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya