Warga emas hilang di kebun - Utusan Malaysia

Warga emas hilang di kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang warga emas  hilang selepas keluar ke kebun miliknya di Pasir Manggang di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kehilangan Othman Daud, 79, dari  Kampung Pasir Gajah disedari anak lelakinya, Kamruddin, 59.

Katanya, mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun kira-kira pukul 2.30 petang.

“Pencarian awal digerakkan pukul 9 malam dengan menumpukan  dua lokasi iaitu sekitar kebun di Pasir Manggang dan Sungai Kemaman,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, laporan kehilangan dibuat  anak mangsa pada pukul 8 pagi ini di Balai Polis Pasir Gajah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya