PUC Sport lelong 2,000 helai jersi sempena merdeka - Utusan Malaysia

PUC Sport lelong 2,000 helai jersi sempena merdeka

SEORANG kakitangan PUC Sport menunjukkan jersi akan dilelong secara besar-besaran sempena menyambut Hari Kebangsaan Ke-63 Isnin ini. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Sempena menyambut Hari Kebangsaan, pembekal pakaian sukan terkenal di Kelantan, PUC Sport akan membuat lelongan sebanyak 2,000 helai jersi secara besar-besaran hanya pada harga RM7.50 sehelai.

Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd. Shukry Pauzi berkata, lelongan selama sehari pada Isnin ini bermula pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam dan hanya menetapkan setiap seorang pelanggan terhad membeli dua helai jersi sahaja.

“Jersi dilelong amat berkualiti, selesa, tidak panas dan menyerap peluh. Promosi hebat ini diadakan sebagai tanda terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyokong syarikat PUC Sport.

“Pada hari yang sama, pihak PUC Sport juga akan mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai yang datang untuk membeli jersi tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, inisiatif tersebut sebagai salah satu usaha pihak PUC Sport untuk menyumbang sesuatu kepada pelanggan sempena menyambut kemerdekaan.

Katanya, selain itu kedai PUC Sport di Kubang Kerian turut menawarkan pilihan baju sukan pelbagai rekaan yang menarik, eksklusif dan berkualiti untuk pilihan para pelanggannya.

Katanya, dia juga berharap agar hubungan rakyat pelbagai kaum di negara ini sentiasa baik.

“Saya berharap rakyat Malaysia bersama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan norma baharu pada tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya