Mencedong padi jadi produk pelancongan - Utusan Malaysia

Mencedong padi jadi produk pelancongan

PARA peserta lawatan familirisasi sedang mencedong padi di sawah padi di Kampong Laka, Rompin, Pahang sebagai pengalaman mengenali lebih dekat aktiviti penanam padi. - FOTO/ NIK NAIZI HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Apabila menyebut mencedong pastinya tidak semua orang mengetahuinya, ini kerana istilah itu hanya popular dalam kalangan pesawah padi khususnya golongan tradisional.

Mencedong merupakan salah satu proses penanaman padi yang mana aktiviti itu dilakukan dengan menggunakan tangan.

Sehubungan itu, adalah sewajarnya mencedong diangkat sebagai suatu bentuk tarikan pelancongan bukan sekadar untuk mendedahkan kepada orang ramai khususnya anak muda kepada aktiviti itu malah menyedarkan mereka usaha penghasilan padi adalah tidak semudah yang difikirkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, mencedong boleh dijadikan sebagai produk pelancongan tambahan di negeri ini walaupun aktiviti itu barangkali sudah popular sebagai produk pelancongan di negeri lain.

Beliau berkata, walaupun negeri ini mempunyai banyak produk pelancongan seperti kawasan tanah tinggi, pulau, pantai, buah-buahan tempatan, sungai, namun aktiviti para petani, pekebun dan nelayan juga perlu diberikan perhatian untuk diangkat sebagai produk pelancongan.

“Kita sudah biasa dengan tugas atau kerjaya para petani, penoreh getah, nelayan namun kita mungkin lupa untuk memahami susah payah, pahit getir mereka dalam tugasan mereka untuk penghasilan.

“Apa salahnya kini kita jadikan aktiviti kehidupan seharian mereka sebagai salah satu produk pelancongan yang ditambah nilai dengan membawa pelancong ke sawah padi contohnya, untuk melihat sendiri bagaimana petani menanam, menuai atau mencedong padi, atau proses lanjutan untuk menghasilkan beras,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika meraikan para peserta agen-agen pelancongan, para media daripada arus perdana dan media sosial, yang mengikuti lawatan familirisasi di kawasan-kawasan produk pelancongan dalam daerah Kuantan, Rompin dan Pekan di sini baru-baru ini.

Antara tempat menarik dilawati adalah tasik biru atau tasik yang terbentuk hasil tinggalan lombong bijih besi di Bukit Ibam, ladang nenas di Kampong Tanam, Muadzam Shah, pusat penghasilan kain tenun Pahang di Kampung Pulau Keladi di Pekan, juga tarikan pelancongan lain di Sungai Lembing dalam daerah Kuantan.

Turut serta Pengurus Kanan dan Penggalakan dan Promosi Pelancongan Pahang, Kamaruddin Ibrahim; Timbalan Pengerusi Pelancongan Pahang, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali; Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Datuk Ishak Mokhtar; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Pahang, Datuk Idros Yahya. 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Datin Samsiah Arshad dan ADUN Muadzam Shah, Ir. Razali Kassi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya