Lebih 40,000 pengguna di Melaka alami gangguan air mulai 5 Ogos - Utusan Malaysia

Lebih 40,000 pengguna di Melaka alami gangguan air mulai 5 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 40,000 pemegang akaun Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di tiga daerah negeri ini akan mengalami gangguan bekalan dua hari mulai  5 Ogos ini.

 SAMB dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil bagi membolehkan kerja-kerja membaiki injap bersaiz 700 millimeter di loji air Daf 1. 

“Disebabkan itu, pengepaman air terawat ke Kolam Senandong B3, Kolam Berangan dan Kolam Senandong A dihentikan sementara pada 5 hingga 6 Ogos ini. 

“SAMB menjangkakan kerja-kerja pembaikan menyebabkan gangguan bekalan air 24 jam bermula pukul 9 malam,” kata kenyataan itu. 

Jelas SAMB, gangguan itu melibatkan 84 lokasi masing-masing 32 di Melaka Tengah, 17 di Alor Gajah dan 35 di Jasin. 

SAMB turut memuat naik notis di laman sosial Facebook SAMB untuk rujukan  penduduk di negeri ini. 

“Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air mencukupi sepanjang kerja-kerja pembaikan dibuat,” jelasnya 

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami yang beroperasi 24 jam di talian 15800 atau WhatsApp di 013 – 751 5800. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya